Polis siasat syarikat tempatan ada kaitan Korea Utara
KUALA LUMPUR, 24 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Polis akan menyiasat kaitan antara sebuah syarikat tempatan di Balakong, Selangor dengan bank Korea Utara susulan laporan berkenaan kerjasama itu baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, meskipun Malaysia-Korean Partners Holdings (MKP) bukan syarikat milik Korea Utara, tetapi beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan disiasat.
“Apa saja yang berkait dengan Korea Utara, sudah pasti kami akan siasat,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Mengulas lanjut Khalid berkata, ketika ini terdapat dua syarikat Korea Utara di Malaysia iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden System Sdn Bhd.
International Global System menghasilkan sistem komunikasi ketenteraan di bawah jenama Glocom.
Bagaimanapun, katanya kedua-dua syarikat tidak beroperasi sepenuhnya kerana tidak ada aktiviti perniagaan.
Konflik dengan Korea Utara berlaku selepas Kematian Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sehingga mencetuskan krisis diplomatik antara kedua-dua negara,
Korea Utara menuduh Malaysia berkomplot dengan musuh menentang mereka dalam melakukan siasatan.
The post Polis siasat syarikat tempatan ada kaitan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan