Polis tahan lelaki di Kedah muat naik komen jelik terhadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah.

“Polis Johor menerima satu laporan hari ini berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook terhadap Sultan Johor.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, tindakan pantas polis Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kemudian berjaya menahan lelaki terbabit petang tadi.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori serta seunit pemacu kilat daripada lelaki berkenaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

The post Polis tahan lelaki di Kedah muat naik komen jelik terhadap Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?