Sistem Insurans Pekerjaan untuk sektor swasta dilaksana 2018

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Kerajaan bersetuju melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bakal dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta. 
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan jangkaan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018, manakala bayaran faedah dibuat mulai 1 Januari 2019. 
Jelasnya, pelaksanaan SIP yang menjadi jaringan keselamatan sosial akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan dengan dana SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 
SIP ini katanya, bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu. 
Sehubungan itu, Najib berkata, satu undang-undang baharu sedang digubal dan akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen, Jun depan.
“Pekerja akan mendapat bantuan saraan sementara dan mencari pekerjaan baharu melalui program perkhidmatan pekerjaan. 
“Ini meliputi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan. Selain itu, pekerja yang kehilangan pekerjaan akan diberikan latihan secara latihan semula atau peningkatan kemahiran bagi mempertingkatkan kebolehkerjaan mereka,” katanya.

 

The post Sistem Insurans Pekerjaan untuk sektor swasta dilaksana 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?