SPRM terima maklumat, kenal pasti individu cuba rasuah Sultan Johor
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat dan mengenalpasti individu yang terlibat berkaitan cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk memperoleh penganugerahan darjah kebesaran.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan memastikan siasatan yang telus dijalankan berkenaan kes itu, termasuk tindakan sewajarnya diambil berdasarkan undang-undang.
“SPRM amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta komitmen berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini, amnya dan di negeri Johor, khususnya,” kata kenyataan itu.
SPRM mengeluarkan kenyataan berkenaan, susulan pertemuan tertutup hampir satu jam yang diadakannya dengan Sultan Ibrahim di sebuah kondominium mewah di ibu negara, pagi tadi.
Ia adalah berikutan pendedahan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.
The post SPRM terima maklumat, kenal pasti individu cuba rasuah Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan