Tiada kalimah Allah pada tapak kasut Bata

BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama Bata tidak menyerupai kalimah Allah.

Pengerusinya, Tan Sri Harussaini Zakaria berkata, ia disahkan selepas hasil semakan dan penelitian dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran yang jelas mendapati tulisan pada tapak kasut itu bukan kalimah Allah sebagaimana yang tular di laman sosial.

“Justeru itu, Lembaga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu ini timbul susulan tersebar surat didakwa dikeluarkan sebuah sekolah agama di Johor, menggesa ibu bapa memeriksa reka bentuk kasut sekolah B.first oleh Bata berikutan mengesyaki ia mempunyai kalimah Allah pada bahagian tapaknya.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Bata Malaysia dan menjelaskan bahawa syarikat tersebut sangat menitik beratkan isu sensitiviti agama seperti kalimah Allah supaya tidak dipaparkan pada mana-mana reka bentuk produknya.

The post Tiada kalimah Allah pada tapak kasut Bata appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?