Tiga lelaki dituduh ubah wang haram RM1.7 bilion
JOHOR BAHRU, 1 Rejab 1438H, Rabu – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 899 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM1.7 bilion, dalam tempoh empat tahun.
Tertuduh, Muhammad Razik Mohamed Riyaludin, 36 Ramli Mohd Hassan, 59, dan Mohamed Thamimul Ansari, 41, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di depan Hakim Kamarudin Kamsun dan Mohammad Khalid Ab Karim.
Muhammad Razik menghadapi 352 tuduhan, Ramli menerima 196 pertuduhan dan Mohamed Thamimul pula 351 tuduhan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di antara 2012 dan 2016 di sekitar Johor Bahru dengan cara melupus, memiliki, menerima dan memindahkan wang haram bagi pihak seseorang pengirim asal kepada penerima di dalam atau luar negara.
Mahkamah membenarkan Muhammad Razik dan Mohamed Thamimul diikat jamin RM4 juta setiap seorang, manakala Ramli RM2.8 juta, dengan dua penjamin setiap seorang.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
The post Tiga lelaki dituduh ubah wang haram RM1.7 bilion appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan