126 maut dalam serangan bas di Aleppo

ALEPPO, 20 Rejab 1438H, Isnin – Satu letupan besar telah membunuh sekurang-kurangnya 126 orang dalam serangan berhampiran bas yang membawa rakyat Syria untuk dipindahkan dari dua bandar yang dikawal oleh rejim kerajaan.

Letupan yang berlaku pada Sabtu lalu di Rashidin, barat Aleppo mensasarkan kumpulan penduduk yang dipindahkan dari Foua dan Kefraya di wilayah Idlib.

Menurut Balai Cerap Syria yang berpangkalan di United Kingdom bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata, jumlah kematian dalam serangan berkenaan meningkat daripada awalnya iaitu 112 orang.

Kumpulan pemantau itu berkata, sekurang-kurangnya 68 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh dalam serangan berkenaan.

SOHR berkata, meskipun tiada pengesahan mengenai jenis bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia adalah alat letupan improvisasi kenderaan.

Dilaporkan bahawa bas berkenaan dalam perjalanan keluar ke kawasan yang dikuasai oleh pejuang anti Assad, ketika melalui bandar kedua yang dipegang oleh rejim kerajaan Syria.-  Agensi

The post 126 maut dalam serangan bas di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian