24 April cuti umum Hari Pertabalan Agong

KUALA LUMPUR, 6 Rejab 1438H, Isnin – Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun katanya, untuk Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri yang berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

“Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

“Sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15 akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan baginda.

“Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara, manakala pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara,” katanya.

Jelas beliau, dua acara lain turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat.

Ianya akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).

The post 24 April cuti umum Hari Pertabalan Agong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?