30 ahli PPBM umum keluar parti, satu masuk UMNO

DUNGUN, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilihat goyah apabila seramai 30 anggotanya termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu.

Azmi juga malah mengumumkan kembali menyertai UMNO di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dekat Bukit Besi di sini, hari ini.

Beliau berkata, 20 hingga 30 lagi anggota PPBM Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.

Keputusan keluar parti itu diumumkan dalam program Selamat Tinggal PPBM – Sirih Pulang ke Gagang, UMNO Dulu, Kini dan Selamanya di sini, malam tadi.

Mereka difahamkan mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini.

The post 30 ahli PPBM umum keluar parti, satu masuk UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?