Abaikan nombor telefon tidak dikenali, elak ditipu sindiket

KUALA LUMPUR, 23 Rejab 1438H, Khamis – Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk mengabaikan panggilan telefon mencurigakan daripada nombor tidak dikenali, khususnya dari luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, orang perlu perlu berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan.

Jelas beliau, biasanya panggilan sindiket ini tidak mendatangkan kecurian maklumat peribadi tetapi penerimanya mungkin berdepan risiko dikenakan caj balik (panggilan).

“Kita sudah buat kajian dengan syarikat telco, kes kecurian maklumat menerusi panggilan tidak mungkin berlaku.

“Jadi dakwaan kecurian maklumat tidak benar. Cuma apa yang kita bimbangkan adalah penerima akan dikenakan caj balik, itu yang bahaya,” katanya dipetik mStar Online.

Bagaimanapun Mohd Kamaruddin berkata, kes kecurian maklumat hanya akan berlaku jika sejenis virus atau malware dihantar ke telefon bimbit mangsa atau telefon tersebut digodam.

“Kalau malware yang dihantar ke telefon bimbit kita klik, jadi ia akan bertindak mencuri maklumat kita. Tapi kalau setakat jawab panggilan itu tak ada masalah,” katanya.

Baru-baru ini dilaprokan orang ramai mengadu menerima panggilan daripada nombor yang mencurigakan antaranya nombor yang bermula dengan pangkal +960, +373, +216, +795, +324 yang dikatakan panggilan dari luar negara.

Kebanyakkan nombor panggilan itu dikongsi orang ramai menerusi laman Facebook.

The post Abaikan nombor telefon tidak dikenali, elak ditipu sindiket appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian