ADUN DAP sokong usul peletakan jawatan Guan Eng

BANGI, 14 Rejab 1438H, Selasa – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti rasis dan cauvinis, DAP menyokong cadangan UMNO untuk membawa usul menggesa Lim Guan Eng meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada sidang DUN, Mei depan.

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, cadangan pembangkang negeri itu adalah tepat dan ia juga adalah pendirian awalnya sebelum ini supaya Guan Eng melepaskan jawatan itu ekoran dakwaan rasuah yang dikaitkan terhadapnya.

“Sekurang-kurangnya dia bercuti sementara sehingga kes selesai. Ketua Menteri didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu, beliau perlu berundur untuk memberi laluan kepada proses siasatan,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

Sokongan itu bukan kali pertama dilakukan oleh Teh sebaliknya ia pernah berlaku pada sidang DUN, dua tahun lalu.

Pada November 2015, Teh menyokong usul ADUN (Pulau Betong-UMNO), Datuk Muhammad Farid Saad yang menggesa untuk sesi pendengaran awam berhubung isu penambakan tanah dan penggantungan penambakan baru hingga memberi impak kepada laut dan alam sekitar.

Teh bagaimanapun meminta maaf kepada partinya untuk menyokong usul yang dibawa oleh pembangkang itu.

Pada sidang Mei tahun lalu, Teh turut membangkitkan usul untuk meminda Perlembagaan negeri bagi menghadkan tempoh Ketua Menteri kepada dua penggal, namun ia ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang.

The post ADUN DAP sokong usul peletakan jawatan Guan Eng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?