Agama baru sang liberal

SEJAK kebelakangan ini, pihak pendokong dan penyokong idealogi liberalisme cuba membawa pembaharuan dalam pemikiran masyarakat. Ya, mereka merupakan di kalangan kaum Muslimin, tetapi menuduh kononnya cara pemikiran sedia ada masyarakat yang berasaskan tradisi Islam sudah tidak lagi relevan.

Mereka sebenarnya hanya membawa sebuah agama atau kepercayaan baru. Iaitu agama yang menjadikan nafsu dan akal sebagai Tuhan. Memang benar mereka tidak memanggil nafsu atau akal mereka sebagai “Tuhan”, tetapi iktikad dan tindakan mereka jelas membuktikan mereka memisahkan Al Quran dan Sunnah dari fakulti pemikiran dan tindakan mereka.

Antara laungan-laungan yang digembar gemburkan adalah,

” Saya ada versi Islam saya sendiri”
” Siapa yang mencipta Tuhan”
” Azan tidak sepatutnya dilaungkan dalam jarak yang hampir dengan kawasan perumahan, ia perlu ada jarak yang jauh supaya tidak menganggu ketenteraman penduduk”
” Bahawa sebenarnya mereka yang tidak berpuas hati dengan mereka yang makan di ruang awam adalah mereka yang sebenar-benarnya tidak berpuasa”
( sabda riwayat maryam tak puasa)
” Tiada bukti 100 sebatan itu effektif”
” Golongan ulama disifatkan sebagai paderi, Nabi Muhammad saw tidak patut dimuliakan dan rambut bukan aurat”

Mereka cuba untuk menggantikan agama Islam dan syariat Islam dengan kerangka agama dan undang-undang yang baru.

Mereka menolak mufti, ulama’ serta asatizah. Mereka menolak metodologi ilmuwan silam sedangkan mereka yang disebut Rasulallah sebagai generasi yang menerima petunjuk (salafussoleh). Mereka mengangkat orang-orang yang tidak bertauliah sebagai ulama’, padahal mereka tiada kredibiliti.

Mereka berani mengeluarkan fatwa dan hukum yang mengelirukan masyarakat. Di samping itu menjadikan beberapa dalil Al Quran dan Hadith sebagai kosmetik untuk merasionalkan tindakan mereka.

Agama baru yang cuba dibawa ini amat merbahaya dan boleh menggugat akidah, kepercayaan dan amalan orang Islam serta merosakkan pemikiran generasi muda. Apatah lagi di zaman serba mencabar, generasi muda semakin seronok bermudah-mudah dengan agama.

Tujuan mereka adalah untuk melahirkan generasi Muslim yang sekular, yang menjadikan agama Islam sekadar ritual ibadat peribadi dan bukannya sebagai sistem yang menjaga keseluruhan aspek kehidupan.

Bahkan tujuan mereka adalah untuk merencatkan iman generasi Muslim supaya menjadi plural, iaitu tidak kisah untuk campur adukkan hak hakimiyyah Allah dengan Tuhan-Tuhan lain. Bahkan tiada perasaan ghirrah (cemburu) dan izzah (mulia) dalam beragama. Baginya semua agama sama.

Allah swt telah berfirman yang bermaksud,

“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …”

[Surah Al-Maaidah: 3]

“Dan telah sempurna kalimat Rabb-mu (Al-Qur-an), (sebagai kalimat) yang benar dan adil …”

[Surah Al-An’aam: 115]

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, mereka memiliki pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”

(QS. Al Ahzab : 36)

“Katakanlah : “Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?Yaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya”

(Surah Al Kahfi : 103-104)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku mandahului dan menanti kamu di telaga. Barang siapa yang melewatiku niscaya dia minum. Dan barang siapa yang minum niscaya dia tidak akan haus selama-lamanya. Sesungguhnya sekelompok orang akan mendatangiku, aku mengenal mereka, dan mereka mengenalku, kemudian dihalangi antara aku dengan mereka, maka aku berkata, “Sesungguhnya mereka dari pengikutku”. Tetapi di jawab, “Sesungguhnya engkau tidak mengetahui hal-hal baru yang mereka ada-adakan setelahmu.” Maka aku (Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) berkata,“Celaka! Celaka bagi orang-orang yang merubah agama setelahku.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Jelas daripada ayat-ayat di atas tentang sempurna dan lengkapnya risalah agama langit yang Allah turunkan wahyu pada haji wada’ dengan ayat 3 surat Al-Maidah (yang juga sebagai wahyu terakhir turun) mengharuskan seluruh manusia tunduk pada Islam. Semua syariat yang terdahulu dengan sendirinya terbatal. Dan, tidak akan ada lagi syariat baru sesudah risalah yang dibawa Nabi Muhammad saw. Risalah dan kenabian telah ditutup dengan diutusnya Nabi Muhammad saw.

Maka dengan itu, berwaspadalah dan peka dengan agama baru yang cuba dibawa oleh pihak-pihak liberal yang sesat ini demi masa depan Umat Islam dan generasi yang akan datang.

Didik dan tanamlah ilmu agama yang benar dan perkuatkan serta persiapkan para Muslimah kita yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi hadapan agar mampu mentarbiyah anak-anak mereka dengan akidah yang mantap, akhlak yang baik, ibadah yang benar dan mampu memimpin umat kelak.

Dr Norzila Baharin
Ahli Jawatankuasa Pusat Isma
Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Agama baru sang liberal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?