Agenda muktamar tetap diteruskan meski lokasi terjejas dilanda ribut: PAS

KOTA BHARU 23 February 2015. ( KBM815L / KBB912M / KBE061C ) Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan (tengah) menjelaskan mengenai hukum hudud pada sesi penjelasan hukum hudud kepada media Kelantan di Hotel Perdana Kota Bharu. NSTP/Syamsi Suhaimi

ALOR SETAR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan memaklumkan, partinya akan tetap meneruskan agenda Muktamar Ke-63 hari ini dan esok meskipun sebahagian kawasan Kompleks PAS Kedah yang menjadi lokasi muktamar dan kehadiran pengunjung ditutup.

Beliau berkata, kepimpinan PAS yang bermesyuarat malam tadi juga memutuskan semua gerai jualan di kawasan yang roboh dan berhampirannya ditutup operasi, sebagai langkah keselamatan.

Pada masa sama, beliau menegaskan, aspek keselamatan pengunjung dan perwakilan muktamar akan tetap menjadi keutamaan.

Keputusan itu dibuat susulan kejadian ribut malam tadi mengakibatkan khemah jualan roboh sehingga menghempap dan mencederakan pengunjung dan peniaga.

Kejadian ribut itu dilaporkan menyebabkan 18 orang cedera dan daripada jumlah itu, beliau berkata, 13 mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini sementara lima lagi sudah dibenar keluar.

Pagi ini, kerja-kerja membersihkan kawasan khemah yang roboh sedang dijalankan bagi membolehkan kawasan itu digunakan semula untuk aktiviti sekitar muktamar.

The post Agenda muktamar tetap diteruskan meski lokasi terjejas dilanda ribut: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?