‘Ah Chong’ serah diri kepada SPRM

PUTRAJAYA, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Khairul Anuar Baharum yang diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerah diri kepada agensi itu, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan MISC- Mifa.

Dia yang lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’, dilaporkan tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 10.45 pagi tadi dan memasuki bangunan itu beberapa minit kemudian dengan peguamnya.

SPRM sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairul jika dia tidak menghadirkan diri sebagai saksi.

6 April lalu, SPRM menahan tiga pemain Mifa – termasuk seorang pemain import – kerana disyaki mengambil rasuah daripada bookie.

Turut ditahan, seorang lelaki dipercayai menawarkan sejumlah wang kepada pemain kelab tersebut bagi menentukan sesuatu perlawanan membabitkan pasukan mereka.

The post ‘Ah Chong’ serah diri kepada SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian