Ahli-ahli Isma Alor Setar, Kubang Pasu dalami sejarah Tamadun Kedah Tua

SUNGAI BATU, 23 April – Ahli-ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar dan Isma Kubang Pasu berpeluang mendalami kisah ketamadunan Kedah Tua di Kompleks Arkeologi Sungai Batu di sini, semalam.

Mereka didedahkan dengan sejarah penemuan artifak dan peninggalan purba di sini oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia di sini.

Apa yang boleh disaksikan di sini ialah candi animisme dan Hindu, batu-bata binaan purba, relau dan tuyere yang digunakan untuk aktiviti peleburan besi.

Lawatan ke kompleks arkeologi ini dirangka sebagai salah satu acara dalam Program Lawatan Mahabbah ahli-ahli Isma kedua-dua cawangan itu ke Seri Iskandar di mana mereka beraktiviti dan bermalam di Teluk Batik.

Turut diadakan ialah sesi perkenalan dan perkongsian pengalaman bersama ahli-ahli Isma Seri Iskandar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian