Bapa Thaqif maafkan pihak yang terlibat

KOTA TINGGI, 30 Rejab 1438H, Khamis – Bapa mangsa bapa pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif, yang meninggal dunia, semalam memaafkan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes tragis yang dialami anaknya.

Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keluarganya reda dengan pemergian Mohamad Thaqif dan tidak pernah berdendam atau mahu menyaman mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

“Saya sudah memaafkan siapa yang terbabit, kami tidak berdendam dan biar kejadian ini jadi iktibar untuk semua,” luah Mohd Gaddafi.

“Kalau diikutkan perasaan marah itu memang ada, apa tidaknya nyawa anak saya sudah tiada tetapi saya reda dan memaafkan semua. Tidak ada pun mahu memfailkan saman pada sesiapa.

“Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat dan siapa yang bersalah biarlah undang-undang menghukumnya. Apa yang penting punca kejadian ini dijadikan iktibar untuk kami sekeluarga dan masyarakat,” katanya ketika ditemui media di kediaman keluarga di FELDA Bukit Aping Timur di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga berharap orang ramai tidak menyalahkan institusi tahfiz secara keseluruhan sehingga menyebabkan ada ibu bapa menjadi fobia atau takut mahu menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.

Mohd Gaddafi berkata, beliau juga akan tetap menghantar dua lagi anak lelakinya meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan di sekolah tahfiz.

“Saya tidak mahu aibkan mana-mana pihak. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak perlu salahkan anak-anak tahfiz ini,” katanya.

Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada jam 2.05 petang iaitu beberapa jam selepas pembedahan bagi memotong tangan kanannya ditangguhkan susulan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

The post Bapa Thaqif maafkan pihak yang terlibat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?