Biar PAS lawan UMNO di 80 kerusi Melayu
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 26 Rejab 1438H, Ahad – PAS mencabar pakatan harapan termasuk seterunya, DAP membiarkan parti itu bertanding di 80 kerusi majoriti pengundi Melayu menentang UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri mahu PKR dan DAP tidak masuk bertanding di kawasan tersebut dan kekal di kerusi yang dipegang ketika ini.
Malah katanya, bagi menjadikan pertembungan dua penjuru sahaja, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga tidak perlu bertanding di kawasan berkenaan.
“Tapi bersediakah PAN untuk tidak bertanding pilihanraya? Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada PAN di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke-13?,” katanya dalam satu kenyataan.
The post Biar PAS lawan UMNO di 80 kerusi Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan