Cukuplah letak garam pada luka penyokong PAS

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rejab 1438H, Selasa – PAS mengingatkan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) supaya berhenti daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan dan dakwaan yang memburukkannya.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, beliau dimaklumkan bahawa seorang wakil rakyat dari PAN mendakwa bahawa pemimpin parti itu khianat kerana kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu disebabkan oleh pengundi bukan Islam.

“Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.

“Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjawab perkara itu, Idris berkata, beliau akui di beberapa tempat contohnya kawasan yang dimenanginya iaitu Bukit Gantang adalah disebabkan antara sokongan oleh pengundi bukan Islam.

“Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus.

“Mungkin di dalam PRU14 dengan ehsan DAP beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau DAP sudi memberi laluan,” katanya.

Meskipun identiti wakil rakyat PAN itu tidak didedahkan namun beliau mempersoalkan, adakah lambang yang terdapat dalam kertas undi itu adalah logo pakatan rakyat.

“Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti pakatan rakyat.

“Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihan raya. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah,” katanya.

Katanya, tidak sepatutnya wakil rakyat berkenaan mendakwa kemenangan bukan kerana PAS sedangkan kebanyakan jentera parti itu turun padang membantu pada kempen PRU yang lalu.

“Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas. Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja.

“Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala’ daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhaen PAS yang ikhlas, insy-Allah mustajab,” katanya.

The post Cukuplah letak garam pada luka penyokong PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?