DAP dah macam tahi PAP, sindir Hadi Awang
BANGI, 14 Rejab 1438H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti rasis dan cauvinis, DAP sebagai ‘anak butir tahi’ PAP (Parti Tindakan Rakyat) yang memerintah Singapura.
Sindirnya ketika berucap di ceramah perdana ‘Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355’ di Marang malam tadi, Singapura adalah bapa DAP, yang memerintah negara itu adalah PAP.
“Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
“Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP. (Saya) Sebut dengan bahasa yang kasar sedikit,” katanya.
DAP kelihatan semakin memusuhi PAS selepas Hadi membawa usul membentangkan rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, bagi membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.
Dalam masa sama, Hadi turut membidas DAP yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.
Katanya, jika kerajaan Pulau Pinang boleh berunding dengan kerajaan Persekutuan mengenai jambatan Pulau Pinang atau projek di negeri itu, tiada sebab mengapa PAS tidak boleh berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam.
“Kita boleh berunding dengan UMNO, sesiapa saja untuk melaksanakan syariat Islam. Sedangkan dia dengan Amerika (Syarikat) pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding.
“(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai ke tahap itu nak suruh negara asing campur tangan negara kita.
“Kita berunding dengan UMNO saja, sama-sama Melayu, Islam. Salah? Mereka berunding dengan Amerika tak apa? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang mengenai politik Malaysia,” katanya.
The post DAP dah macam tahi PAP, sindir Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan