Exco Johor dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini

JOHOR BAHRU, 22 Rejab 1438H, Rabu – Exco Johor, Datuk Abd Latiff Bandi dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini pagi ini atas dakwaan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki ketika dihubungi akhbar tempatan mengesahkan jangkaan itu.

Beliau berkata, Abd Latiff akan didakwa bersama seorang lagi individu.

“Saya boleh mengesahkan Abd Latiff bersama seorang lagi individu akan dituduh di mahkamah esok,” katanya.

Abd Latiff bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu, susulan siasatan terhadap skandal rasuah hartanah di Johor sebelum ditahan SPRM pada 9 Mac bagi membantu siasatan.

Pada 10 Mac lalu, dia direman tujuh hari sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000.

SPRM dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM serta Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

The post Exco Johor dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian