Hari Keputeraan Agong dipinda kepada Sabtu terakhir Julai

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan baginda.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh baharu itu bermula tahun ini hingga 2021.

Ia dibuat selepas pindaan dari Sabtu pertama setiap Jun seperti sebelum ini.

Susulan pindaan berkenaan, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV bagi 2017 akan disambut pada 29 Julai ini.

Kenyataan itu memaklumkan, pindaan berkenaan mengambil kira Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 adalah pada Ramadan.

Ia berikutan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV akan diraikan bersama-sama rakyat melalui penganjuran acara yang dijadualkan.

The post Hari Keputeraan Agong dipinda kepada Sabtu terakhir Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?