Iraq perlu penambahan kem tampung pelarian Mosul

BAGHDAD, 22 Rejab 1438H, Rabu – Iraq memerlukan lebih banyak kem bagi menampung jumlah penambahan pelarian yang melarikan diri dari kawasan dikawal Daesh di barat Mosul.

Pegawai Tentera Iraq, Brigadier Jeneral Jabbar Hassona berkata, setakat ini bantuan lain seperti makanan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah mencukupi.

“Namun, apa yang kita perlukan ialah lebih banyak kem penempatan. Kami menuntut pembukaan segera kem baru yang sedang dibina di Salamiya, Bartella dan beberapa kawasan lain bagi menampung penambahan pelarian,” katanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini, hampir setengah juta orang awam telah melarikan diri dari kawasan itu sejak serangan yang dilancarkan untuk merebut kembali Mosul daripada pengganas Daesh pada November tahun lalu.

Jabbar berkata, aliran jumlah pelarian tidak menentu, yang ketikanya naik dan turun mengikut operasi ketenteraan di bandar berkenaan.

Sementara itu, PBB telah memberi amaran bahawa keadaan orang awam di barat Mosul dijangka terjejas teruk ketika konflik itu.

“Jika berlaku pengepungan di bandar itu, ratusan ribu mereka tidak mempunyai air dan bekalan makanan, mereka berdepan risiko besar,” kata jurucakap PBB. – Agensi

The post Iraq perlu penambahan kem tampung pelarian Mosul appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian