Israel arah roboh masjid di Baitulmaqdis
TEBING BARAT, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Rejim Israel mengeluarkan perintah untuk merobohkan sebuah masjid di Baitulmaqdis Timur al-Quds ekoran mendakwa bangunan berkenaan tidak mendapat permit pembinaan.
Perintah perobohan ke atas masjid Abdullah Al-Sanawi di kejiranan Silwan itu dikeluarkan Khamis lalu.
Menurut ahli jawatankuasa bagi Pertahanan Silwan, Fakhri Abu Diab berkata, masjid itu dibina beberapa tahun lalu di atas tanah wakaf, menggunakan sumbangan rakyat tempatan untuk kegunaan 4,000 penduduk di kawasan itu.
Katanya, masjid Abdullah Al-Sanawi adalah antara enam masjid Palestin yang menjadi ancaman Zionis.
Disember tahun lalu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengumumkan bahawa kempen perobohan Israel terhadap penempatan Palestin dan struktur di Tebing Barat serta Baitulmaqdis telah mencapai tahap terburuk dalam tempoh tujuh tahun.
Sejak 1967 lagi, rejim Israel telah merobohkan lebih 48,000 kediaman rakyat Palestin dan bangunan di negara itu, menurut Jawatankuasa Israel bagi Perobohan Rumah.- Agensi
The post Israel arah roboh masjid di Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan