Jangan jadikan faktor kemiskinan alasan tidak sambung pengajian tinggi

Gambar hiasan

SEGAMAT, 13 Rejab 1438H, Isnin – Golongan muda dinasihatkan supaya tidak menjadikan faktor kemiskinan sebagai alasan untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Ini kerana, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah, kata Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

“Berdasarkan pemerhatian saya, setakat ini tidak ada sebuah negara pun di dunia menyediakan begitu banyak peluang serta bantuan kepada rakyatnya seperti yang dilakukan oleh negara kita.

“Jadi, saya nasihatkan agar anak-anak muda merebut peluang yang terhidang ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau kolej bagi mengubah ekonomi keluaga mereka,” katanya selepas majlis perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Sarip di Kompleks Pasaraya One Segamat, di sini baru-baru ini.

Program tersebut bakal menyediakan 50,000 tempat di lebih 40 pusat pengajian tinggi termasuk 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mahupun pemegang diploma dari 2012 hingga 2016.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, Johor merupakan negeri kelima bagi program tersebut selepas Sabah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Walaupun 20 lokasi yang baru dikunjungi dan masih berbaki 36 lokasi, namun setakat ini sudah hampir 20,000 surat tawaran mengikuti pelbagai bidang pengajian telah dikeluarkan oleh institiusi yang mengambil bahagian.

“Saya harap jelajah yang memasuki tahun kedua ini mampu memberi peluang yang lebih banyak kepada pelajar bumiputera lepasan SPM, STPM dan pemegang diploma untuk melanjutkan pengajian mereka,” katanya.

The post Jangan jadikan faktor kemiskinan alasan tidak sambung pengajian tinggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?