Jangan sekat akses bantuan kemanusiaan ke Syria: PBB

NEW YORK, 15 Rejab 1438H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap kesan kemerosotan keselamatan dan keadaan kemanusiaan kira-kira 400,000 rakyat yang terperangkap di timur Ghouta, Syria.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric meminta supaya tidak menghadkan akses bantuan kemanusiaan memasuki kawasan terjejas konflik.

“Terdapat laporan berterusan berhubung serangan udara dan bom yang mengakibatkan ramai orang awam maut dan cedera,” katanya dalam taklimat di ibu pejabat PBB di New York.

Menurut laporan, kuasa-kuasa rejim Bashar al-Assad menghalang trak komersil daripada memasuki bandar yang terletak di luar Damsyik, sejak akhir bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan kekurangan bekalan sehingga membawa kepada kenaikan harga bahan mentah utama dan penutupan banyak kedai roti kerana kekurangan tepung serta bahan api.

“Justeru, ianya penting untuk PBB dan agensi kemanusiaan lain diberi akses kepada kawasan berkenaan sebelum ia bertambah buruk,” kata Stephane.

Katanya, kali terakhir PBB menghantar bantuan ke Ghouta adalah pada enam bulan lalu, manakala kawasan-kawasan lain pada Jun tahun lepas.

“Kami (PBB) juga mengingatkan semua pihak mengenai tanggungjawab mereka untuk melindungi orang awam dan infrastruktur seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang hak asasi manusia dan antarabangsa,” katanya. – Agensi

The post Jangan sekat akses bantuan kemanusiaan ke Syria: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?