Janji BN kawal inflasi palsu, kata Dewan Muslimat PAS

ALOR SETAR, 30 Rejab 1438H, Khamis – Dewan Muslimat PAS berkata, janji-janji pilihan raya kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengawal inflasi setakat ini palsu semata-mata.

Mengibaratkan ia seperti janji-janji manis di bibir, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptama beliau di Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-57, berkata, pada hakikatnya, janji-janji itu tidak ditepati.

“Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Abdul Razak telah memberikan keyakinan palsu pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 Disember 2016 yang lalu dimana nilainya pada masa itu berada pada tahap RM4.40 bersamaan USD $1.00 dan sehingga sekarang akhir April 2017 masih di tahap yang sama,” katanya.

Malah, beliau berkata, kesan inflasi terhadap kos sara hidup rakyat kini amat parah terutama pada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

“Stastitik terkini setakat bulan Mac 2017 menunjukkan kadar inflasi kini berada di tahap 5.1 peratus melonjak sebanyak 0.6 peratus berbanding bulan Februari sebelumnya.

“Kesan langsung kenaikan ini bertali arus dengan kenaikan kos perkhidmatan dan barang-barang keperluan seharian rakyat.

“Ianya berpunca dari tiga faktor utama iaitu harga minyak yang tinggi, kejatuhan nilai ringgit dan sikap kerajaan Barisan Nasional yang lambat bertindak dengan mengutamakan ‘survival’ entiti konglomerat yang berkait rapat dengan kepentingan kroni-kroni,” katanya.

Kesal dengan situasi tersebut, beliau membidas kerajaan dengan menyatakan bahawa kadar inflasi tidak akan berubah sekiranya pihak tiada langkah penyelesaian diambil dengan serius.

“Kerajaan BN selama ini berangan-angan bahawa kadar inflasi akan pulih dengan pemulihan nilai Ringgit.

“Apakah kerajaan BN mengharapkan bahawa kadar inflasi akan menurun dengan sendirinya tanpa melakukan apa-apa?”
“Sebenarnya tiada apa-apa jaminan yang boleh memastikan nilai ringgit akan segera pulih mahupun harga minyak sedunia akan kembali stabil pada suku pertengahan 2018 di mana kerajaan BN mengharapkan suasana “winning formula” bagi kemenangan PRU ke 14 di pihak mereka. Bahkan ironinya mereka sendiri pun tidak pasti,” katanya.

Justeru, Dewan Muslimat PAS mengesyorkan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak yang dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi Islam bagi mengawal kadar inflasi dalam negara.

Nuridah menegaskan, kawalan inflasi mestilah berfokus kepada kawalan dalaman daripada unsur-unsur luaran yang tidak menentu.

The post Janji BN kawal inflasi palsu, kata Dewan Muslimat PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?