Jerman lulus pengharaman burqa

BERLIN, 1 Syaaban 1438H, Jumaat – Parlimen Jerman meluluskan larangan pemakaian burqa sebagai salah satu tindakan menghalang serangan ekstremis.

Berdasarkan teks perundangan yang diluluskan Dewan Rakyat itu, larangan itu tertakluk kepada kakitangan awam, termasuk pegawai pilihan raya, tentera dan kakitangan badan kehakiman, ketika melakukan tugas masing-masing.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak merangkumi pengharaman keseluruhan di tempat awam seperti dituntut pihak berhaluan kanan.

“Kerajaan bertanggungjawab meletakkan diri sebagai pihak berkecuali dari segi ideologi dan agama,” menurut teks itu.

Undang-undang baharu itu diluluskan susulan serangan militan, termasuk rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin, yang meragut 12 nyawa.

Sejak 2015, Jerman menerima lebih sejuta pendatang dan pelarian, kebanyakannya dari negara Islam.

Ia mencetuskan kecaman dan meningkatkan populariti parti berhaluan kanan, Alternatif for Germany, yang cuba mengaitkan kebanjiran itu dengan peningkatan ancaman keganasan.

The post Jerman lulus pengharaman burqa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?