Jiwa umat Islam kuat, tapi belum bersatu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Jiwa Islam dalam masyarakat Muslim seluruh dunia masih kuat, namun belum ada yang mampu menyatukannya, kata Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Madya Dr Aznan Hassan.

Berucap pada perasmian Muzakarah Ulama MUIS ke-5, beliau memberi contoh kesan isu Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, yang katanya, umat Islam masih mempunyai rasa izzah yang kuat, tetapi perlu didorong bagi membentuk kesatuan.

“Kita tengok isu Ahok, umat ini jiwa Islamnya masih kuat sebenarnya, umat yang tak mahu Islam ini dimain-mainkan masih kuat. Cuma kita masih belum ada satu perkara yang boleh membawa kepada penyatuan ummat.

“Melalui muzakarah ini kita nak memahami punca perbezaan di kalangan umat, cara untuk menanganinya. Apakah fiqh kesatuan yang perlu kita ada dalam isu kepelbagaian kumpulan seperti aliran mazhab yang berbeza, aliran pemikiran, liberal dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini.

Prof Madya Aznan berkata, ahli majlis yang terlibat dengan muzakarah perlu mewujudkan konsensus kefahaman yang perlu untuk membawa kesatuan umat dari seluruh pelosok negara serantau.

“Untuk umat berfungsi sebaiknya dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, gagasan kesatuan ini perlu dirancang dan seterusnya dimantapkan.

“Muzakarah ini memberi peluang untuk kita melihat kepelbagaian tersebut, kita jemput semua negara serantau untuk kita kongsikan pengalaman dan seterusnya dibawa pulang ke negara masing-masing.

“Kita perlu melihat masalah umat ini sebagai masalah kita bersama. Persempadanan yang ada ini kita jadikan sebagai sumber kekuatan,” tegasnya.

Muzakarah ini adalah kelima anjuran Muis yang dihadiri pelbagai pihak seperti ahli akademik serta wakil-wakil ulama. Antara isu yang dibincangkan adalah mengurus kepelbagaian aliran dalam konteks penyatuan umat Islam serantau.

The post Jiwa umat Islam kuat, tapi belum bersatu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian