JPJ nafi pasang 400 kamera AES

PUTRAJAYA, 25 Rejab 1438H, Sabtu – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan isu viral di media sosial berhubung pemasangan 400 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, setakat ini pihaknya hanya memasang 14 kamera AES sahaja di seluruh Semenanjung Malaysia.

Katanya, lokasi kamera berkenaan yang bertujuan mengesan had laju adalah di Kilometer (KM) 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah Utara); KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh); KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)

; KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan)

; KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah ke Utara)

; KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang); dan Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC); Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang); KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (arah ke Selatan); KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (Arah ke Utara).

Sementara kamera AES di kawasan lampu isyarat adalah KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (persimpangan Kg Kerdah); Jalan Pasir Putih-Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King); Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian,Sentul) dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu).

Selain itu,JPJ turut menafikan pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit.

“Mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), pengguna jalan raya hendaklah mematuhi lampu isyarat dan sekiranya gagal, pemandu boleh dikompaun tidak kurang RM300 dan tidak lebih dari RM2,000.

“Ketika ini, pemberian mata demerit ini hanya diberikan kepada pemandu yang melakukan dua kesalahan jalan raya iaitu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju selepas pemandu membayar kompaun kesalahan itu,” kata kenyataan itu.

Respon itu adaah susulan satu rakaman suara seorang lelaki menular di rangkaian media sosial berkenaan mana-mana pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit dan pemasangan 400 kamera AES.

The post JPJ nafi pasang 400 kamera AES appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian