Karikatur monyet: Sensitiviti kaum perlu dijaga
SHAH ALAM, 15 Rejab 1438H, Rabu –Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob mengingatkan semua pihak tentang bahayanya jika tidak menjaga sensitiviti kaum di negara ini.
Katanya, jika perkara sebegini dibiarkan , ia akan menimbulkan suasana yang tidak baik di negara majmuk seperti Malaysia.
“Bahaya jika kita tidak menjaga sensitiviti antara kaum,” katanya respon kepada lakaran karikatur daripada akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang menghina Islam.
Beliau berkata, jika bercakap tentang perpaduan mungkin ia nampak senang, tapi di negara kita ini sepatutnya menggunakan kepelbagaian anugerah yang ada di dalam memakmurkan negara seperti makanan.
“Pelbagai jenis makanan ada..makanan Cina, Melayu dan India semua boleh didapati di Negara kita.
“Jadi bercakap tentang itu, kefahaman penting dalam kepelbagaian ini kerana hubungan komuniti sangat penting,” katanya dipetik Sinar Harian.
Baru-baru ini menerusi muka surat B2 akbar itu menyiarkan karikatur bertajuk “Akta Monyet”, yang menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.
Bagaimanapun, selepas menyedari karikatur itu menjadi viral di media massa hingga kemarahan umat Islam, akhbar berkenaan memohon maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. serta menarik balik kartun itu dari eNanyang.my.
Mengulas lanjut Ayub berkata, beliau menyokong langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memanggil pengarang akhbar terbabit.
Katanya, baginya, ia penting sebagai pengajaran kepada semua pihak bagi memastikan agar tidak melakukan perkara-perkara yang melepasi garisan yang ditetapkan.
The post Karikatur monyet: Sensitiviti kaum perlu dijaga appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan