Karikatur penghinaan: Nanyang Siang Pau tak kena tindakan

JOHOR BAHRU, 19 Rejab 1438H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN tidak mengambil tindakan tegas terhadap akhbar berbahasa Cina – Nanyang Siang Pau – kerana menyiarkan karikatur Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan tidak mengambil tindakan terhadap Nanyang dibuat kerana akhbar itu sudah lama beroperasi dan memiliki pelbagai tanggungan, termasuk kakitangannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, KDN sebaliknya menyerahkan apa-apa tindakan dalaman kepada syarikat akhbar itu.

“Kerajaan juga berhati perut, kita jaga kepentingan mereka (Nanyang Siang Pau), cuma satu…jangan buat lagi. Ini juga amaran kepada mana-mana akhbar yang mendapatkan lesen daripada KDN untuk beroperasi.

“Mungkin Nanyang Siang Pau perlu mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam hal ini seperti pelukis kartun dan lain-lain. Ambil tindakan dalaman dan perlu bertindak secara serius,” katanya mengulas karikatur itu, hari ini.

8 April lalu, Nanyang dalam esisi onlinenya – eNanyang.my – menyiarkan karikatur di portal mereka yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai Pandikar Amin dan seekor lagi monyet memakai serban yang dilabel sebagai Presiden PAS.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’.

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman netizen, Nanyang alam satu kenyataan memohon maaf kepada Pandikar Amin dan Abdul Hadi serta mengakui penyiarannya adalah tidak wajar untuk tatapan umum, dan menarik balik karikatur itu.

Selain itu, Nanyang Siang Pau turut menarik balik karikatur sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my.

Nur Jazlan bagaimanapun, memberi amaran bahawa KDN akan bertindak tegas terhadap media cetak jika menyiarkan perkara yang boleh mengancam ketenteraman negara, menyakitkan hati orang dan penganut agama lain.

Katanya, KDN telah memberi amaran kepada media untuk tidak berbuat demikian memandangkan ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

The post Karikatur penghinaan: Nanyang Siang Pau tak kena tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian