Kartun Nanyang Siang Pau kurang ajar, biadap: PAS

BANGI, 13 Rejab 1438H, Isnin – Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau bertindak kurang ajar kali ini apabila menyamakan karikatur lakaran dua monyet dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Karikatur bertajuk “Akta Monyet” itu disiarkan menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Berang dengan tindakan akhbar Cina itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyifatkan ia sebagai provokasi melampau dan berniat jahat dengan cuba melebarkan sentimen di kalangan pembaca pembaca media berbahasa Cina.

Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS, Ahmad Hakimi Othman berkata, tindakan Nanyang ternyata melampaui prinsip-prinsip Rukunegara yang sekian lama tertanam dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Tindakan yang tidak menghormati perlembagaan Malaysia yang telah sekian lama sejak tahun 1965 mengakui kewujudan Akta 355. Tidak sensitif dengan Islam yang diiktiraf sebagai agama Perseketuan dan di bawah kuasa Majlis Raja Raja.

“Tindakan ini juga melanggar kesopanan dan kesusilaan hidup berukun di negara ini. Nilai hormat sesama sendiri dalam hidup masyarakat majmuk sepertinya sedang tergugat dengan tindakan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pemuda PAS Kelantan turut mendesak akhbar itu menarik balik kartun yang dianggap mempersendakan Presiden PAS.

Ketua Penerangannya, Nazman Che Iberahim berkata, ia suatu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Kurang ajar dan biadap! Kamu kena mohon maaf segera kepada Presiden PAS serta seluruh umat Islam,” katanya.

Nazman juga berkata, memakaikan serban adalah sunnah kepada lelaki Muslim dan simbol suci orang Islam.

“Songkok ialah simbol Melayu. Beruk pula adalah satu penghinaan yang amat jahat dan jijik. Ini bukan kebebasan media. Ini kegilaan yang nyata. Jangan jolok sarang tebuan! Kami bagi amaran,” tegasnya.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan pula berkata, partinya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak, Tan Sri Tiong Hew King.

Pada persidangan Parlimen Khamis lepas, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang diberi ruang membentang pindaan Akta 355, biarpun cuba ditentang Ahli Parlimen DAP dan PKR.

Bagaimanapun, selepas menyedari karikatur itu menjadi viral di media massa hingga kemarahan umat Islam, akhbar berkenaan memohon maaf kepada Hadi Awang dan Pandikar Amin serta menarik balik kartun itu dari eNanyang.my.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada YB Tan Sri Datuk Panglima Pandikar Main Haji Mulia,  Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun itu,” tulis akhbar itu.

The post Kartun Nanyang Siang Pau kurang ajar, biadap: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian