KDN nafi rakam panggilan telefon, pantau media sosial
BANGI, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan pernah mengeluarkan sebarang peraturan komunikasi baru, termasukmerakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial dalam kalangan orang ramai, di negara ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mesej palsu yang dikitar semula di media sosial sejak semalam itu tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.
“Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan penularan mesej-mesej palsu seperti,” katanya.
Menerusi mesej yang tular itu mendakwa bagai KDN sedang melaksanakan undang-undang baharu yang membolehkan ia untuk memantau dan menyimpan rekod panggilan telefon.
Mesej itu mendakwa KDN akan memantau semua aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Twitter, Facebook serta forum, selain kononnya ada peranti disambungkan ke sistem KDN.
The post KDN nafi rakam panggilan telefon, pantau media sosial appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan