Kedaulatan undang-undang dinilai melalui penguatkuasaan, penggunaan adil: Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Kedaulatan undang-undang dinilai dari segi penguatkuasaan dan penggunaannya secara adil dan saksama serta diaplikasikan terhadap setiap rakyat tanpa gentar dan pilih kasih, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah undang-undang, dari peringkat cara ia digubal dan diluluskan sehingga cara ia dikuatkuasakan, adalah antara komponen yang akan menentukan taraf maju sesebuah negara.

“Kemajuan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh keyakinan warga dan keyakinan dunia bahawa negara diurus tadbir secara adil lagi saksama berteraskan sistem dan institusi undang-undang yang berintegrasi lagi telus,” titah baginda di Konvokesyen Ke-22 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara semalam.

aginda bertitah dalam dunia berteknologi tinggi dan tanpa sempadan masa kini, masyarakat dan rakyat lebih arif tentang hak dan undang-undang yang terpakai kepada mereka.

Menurut baginda masyarakat dan rakyat mudah mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber yang menuntut kepada perlunya budaya pengurusan lebih telus dan terbuka.

“Sistem dan institusi undang-undang yang berintegriti lagi telus, bergantung pada dukungan individu dan pengamal undang-undang yang berintegriti dan bersifat telus.

“Oleh itu, elemen integriti dan amalan ketelusan, amat penting untuk senantiasa disemai dan dipertahankan dalam kalangan pengamal undang-undang,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi dan Anggota Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia di atas peranan dan komitmen serta usaha mereka memastikan piawaian amalan undang-undang di negara ini berada di tahap tinggi.

“Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia hendaklah tegas memastikan tahap profesionalisme pengamal undang-undang di negara ini sama sekali tidak dikompromikan,” titah baginda.

Baginda turut meminta Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia supaya tidak melenturkan diri serta memberi laluan kepada sebarang permintaan atau desakan yang boleh mengkompromikan tahap piawaian yang ditetapkan.

– Bernama

The post Kedaulatan undang-undang dinilai melalui penguatkuasaan, penggunaan adil: Sultan Nazrin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?