Kehadiran, status Zakir Naik tak langgar prinsip utama Islam

BANGI, 27 Rejab 1438H, Isnin – Masyarakat perlu memahami bahawa kehadiran serta status sebagai permastautin tetap penceramah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik tidak melanggar prinsip utama dalam Islam.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, kehadiran tokoh berkenaan tidak pernah memaksa mana-mana penganut agama lain memeluk Islam atau dipaksa mendengar penerangan berkaitannya.

“Prinsip itu menekankan Islam kekal dengan asasnya tidak pernah memaksa sesiapa menganut Islam, malah orang bukan Islam di negara ini tidak pernah dipaksa untuk mendengar penerangan berkaitan Islam,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian, hari ini.

Justeru katanya, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam sepatutnya menyokong tindakan kerajaan mengalu-alukan kedatangan Zakir Naik ke Malaysia sebagai usaha memupuk semangat menghormati rakyat berbilang bangsa dengan membuka ruangan diskusi.

Jelas beliau, kebanyakan ceramah dan diskusi yang diadakan oleh Zakir Naik, tokoh itu pasti akan mendahului soalan daripada orang bukan Islam sebelum membuat perbincangan secara ilmiah.

“Biarlah urusan Islam diurus oleh orang Islam sendiri tanpa campur tangan pihak yang tidak berkaitan. Kedatangan Dr Zakir Naik ke negara ini membuka lembaran baharu bagi penganut bukan Islam mendapat pengetahuan berkaitan Islam secara bersemuka dengannya,” katanya.

Katanya, Subramaniam yang juga antara menteri Kabinet sepatutnya memahami kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara.

Sebelum ini, Subramaniam dalam satu dialog anjuran Pemuda MIC, mempertikai kedatangan Zakir Naik termasuk pemberia permastautin tetap kepadanya.

The post Kehadiran, status Zakir Naik tak langgar prinsip utama Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian