Kementerian cari kaedah mantapkan Bahasa Melayu di sekolah vernakular

PADANG TERAP, 20 Rejab 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan akan mencari kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu khususnya di sekolah vernakular.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu perlu sebagai medium perpaduan nasional di negara ini.

Katanya, pihak kementerian akan turut mengkaji kaedah memantapkan program dan silibus ke arah meningkatkan tahap integrasi nasional di sekolah aliran berkenaan.

Jelas beliau, langkah ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua pelajar khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menguasai Bahasa Melayu dengan baik untuk mengukuhkan perpaduan di negara ini.

“Semua sekolah terutamanya SJKC dan SJKT perlu mempunyai semangat negara bangsa dengan menglibatkan diri dalam program-program kenegaraan.

“Namun pada masa sama, pelajar juga perlu menguasai Bahasa Melayu.

“Kedua-dua ini perlu selari supaya hasrat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini dapat dicapai,” katanya.

The post Kementerian cari kaedah mantapkan Bahasa Melayu di sekolah vernakular appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?