Kemuka tuntutan palsu: SPRM lanjut tempoh reman Tan Sri, tiga lain

PUTRAJAYA, 14 Rejab 1438H, Selasa – Tempoh reman terhadap empat individu termasuk Tan Sri dan anaknya dilanjutkan selama dua hari bagi membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut kerana disyaki terlibat kemuka tuntutan palsu hampir RM13 juta.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan perintah reman empat individu berkenaan sehingga 13 April.

Selain daripada ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC serta anaknya, dua lagi suspek lain adalah kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Difahamkan, suspek telah mengemukan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube sedang pembekalan yang dibuat hanya sebanyak 89 unit yang hanya bernilai kira-kira RM4 juta.

Disebabkan perbuatan mereka yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka bagi kepentingan diri sendiri, telah mengakibatkan kerugian hampir RM9 juta kepada kerajaan.

Kesemua tertuduh disiasat mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

The post Kemuka tuntutan palsu: SPRM lanjut tempoh reman Tan Sri, tiga lain appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?