Kerajaan rugi RM50 bilion kalau hapus GST, kata Najib


KUALA LUMPUR 30 Rejab 1438H, Khamis – Kerajaan akan mengalami kerugian sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri itu berkata, sememangnya kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa GST, bahkan ia akan memberi kesan terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Kalau kita tolak GST, bererti kita tolak lebih daripada RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripada bajet, memang kerajaan tak boleh fungsi sebenarnya.

“Cuba bayangkan bajet hari ini tolak RM50 bilion, RM260 bilion bajet tolak RM50 bilion, tinggal berapa? RM210 bilion sahaja.

“Memang tak cukup. Nak bayar elaun penjawat awam pun tak cukup. Jadi itu realiti yang sebenarnya,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi.

Najib berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mendakwa pakatan harapan tidak akan mengenakan GST sekiranya gabungan itu berkuasa.

Najib berkata, pembangkang tidak menyatakan perkara yang benar.

“Perkiraan mereka bersifat politik, bukan berpijak atas kenyataan dan realiti. Hakikatnya mana-mana kerajaan mesti berdiri atas sumber hasil yang kukuh.

“Kalau tak ada sumber hasil yang kukuh, kita tak boleh membina sekolah, jalankan perkhidmatan kesihatan, mengawal keselamatan dengan anggota polis tentera.

“Memberi biasiswa umpamanya, (gaji) untuk 1.6 juta penjawat awam dan membayar bayar pencen. Ini semua memerlukan sumber kewangan hasil,” kata Najib.

The post Kerajaan rugi RM50 bilion kalau hapus GST, kata Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian