Ketua Pemuda PKR Ampang direman

PUTRAJAYA, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly tiba di kompleks mahkamah di sini hari ini bagi mendapatkan perintah reman berhubung siasatan dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Adam yang juga pegawai khas Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di kawasan mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi dengan berpakaian lokap oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, Adam dilaporkan ditahan selepas beberapa jam disoal siasat di ibu pejabat SPRM, di sini.

“Beliau dilihat dengan tangan bergari di lobi ibu pejabat SPRM kira-kira jam 4.10 petang sebelum dibawa ke lokasi lain,” kata sumber SPRM, petik The Star.

Difahamkan, SPRM sedang menyiasat kes itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Adam pada 10 Februari lalu, tampil di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan sama berhubung punca kemewahan luar biasa yang dimiliki beliau.

Ia berikutan pendedahan yang dibuat pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mempersoalkan sumber kemewahan dimiliki Adam pada usia muda tanpa menggunakan cara rasuah.

Jamal mendedahkan banglo yang dimiliki oleh Adam di Ampang bernilai RM7 juta, namun ia dinafikan pemuda berkenaan dan mendakwa ia bernilai RM1 juta.

Dalam penafian itu, Adam turut menjelaskan bahawa kemewahan beliau adalah disebabkan oleh perniagaan keluarga yang diwarisinya.

The post Ketua Pemuda PKR Ampang direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?