Lelaki mengaku tak bersalah hina Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR, 16 Rejab 1438H, Khamis – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan memuat naik komen jelik dan menghina kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kum Eng Choon, 48, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun profil “Kum Dage” dengan secara sedar membuat serta memulakan penghantaran komunikasi komen jelik.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Media 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedarkan kenyataan sama melalui akaun Facebook sama dengan niat menyebabkan kegentaran kepada orang awam supaya terdorong melakukan suatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks Campbell Jalan Dang Wangi pada jam 11.16 pagi, 5 April lepas. Mahkamah menetap 24 Mei ini untuk sebutan semula kes.

The post Lelaki mengaku tak bersalah hina Najib, Rosmah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian