Mahkamah keluar waran tangkap ahli politik UMNO seleweng RM150 juta

MELAKA, 29 Rejab 1438H, Rabu – Mahkamah Sesyen Melaka hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ahli politik UMNO atas dakwaan penyelewengan RM150 juta.

Ahli politik berusia 56 tahun itu dilaporkan gagal tampil di mahkamah semalam, lapor portal New Straits Times.

Peguam ahli politik itu, Azrul Zulkifli Stork mengesahkan anak guamnya akan didakwa secepat mungkin.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 pertuduhan terhadap ahli politik itu selepas siasatan selesai dijalankan.

SPRM dalam siasatan pada November tahun lalu memaklumkan telah merampas aset ahli politik itu seperti wang tunai, kenderaan dan aset berjumlah RM150 juta.

Ahli politik itu pernah ditahan agensi pencegahan rasuah itu pada 28 November tahun lalu dan seterusnya direman selama empat hari.

Portal itu juga melaporkan bahawa ahli politik tersebut dikaitkan dengan pemimpin atasan negeri itu serta pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka.

The post Mahkamah keluar waran tangkap ahli politik UMNO seleweng RM150 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian