Mayat Jong-nam tiba di Pyongyang

BEIJING, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Mayat warga Korea Utara yang mati dibunuh pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam tiba di Pyongyang, lewat petang semalam.

Memetik laporan BBC, Korea Utara menuntut mayat mendiang, namun tidak mengesahkan identiti mangsa.

Mayat berkenaan diserahkan sebagai pertukaran dengan sembilan rakyat Malaysia yang disekat keluar dari Korea Utara ekoran ketegangan diplomatik antara dua negara itu.

Dilaporkan, mayat Jong-nam tiba di lapangan terbang Beijing dengan pesawat MH360 sebelum dihantar ke Korea Utara.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

The post Mayat Jong-nam tiba di Pyongyang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?