Media perlu proaktif, ketengahkan isu penyatuan ummat
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Media perlu memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu kesatuan umat Islam serantau.
Mengemukakan cadangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif IRIS, Profesor Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Azizberkata, disebabkan media menjadi rujukan zaman ini, ia mesti bergerak sebagai sumber yang menyajikan agenda Islam.
Katanya, beliau sangat berharap media yang ada mampu mengetengahkan kisah kejayaan umat dan penyatuan umat Islam serantau.
“Media tak boleh berat sebelah, jangan sekadar hiburan atau cerita-cerita biasa. Kita tak mahu media ketengahkan isu perpecahan umat Islam.
“Kita minta media perbanyakkan cerita tentang penyatuan Islam membabitkan negara-negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain. Itu untuk kesatuan umat Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Muzakarah ‘Fiqh Penyatuan Ummah’ anjuran Majlis Ulama Isma, hari ini.
Selain itu Prof Badhrulhisham berkata, para ulama juga perlu memainkan peranan dan panduan kepada masyarakat dalam pencarian ilmu.
“Ulama kena matangkan masyarakat, perturunkan ilmu dan tingkatkan kesedaran. Peringkat ilmu kepada masyarakat juga mesti yang sesuai,” katanya.
The post Media perlu proaktif, ketengahkan isu penyatuan ummat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan