Mohd Amar akan pertahan jawatan Naib Presiden PAS

KOTA BHARU, 15 Rejab 1438H, Rabu – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tetap akan mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti sempena Muktamar PAS Pusat Ke-63 yang dijadual berlangsung pada 29 April ini.

Katanya, ia terserah kepada perwakilan untuk memilih sama ada mahu terus mengekalkan beliau menyandang jawatan itu ataupun menggantikannya dengan calon lain.

“Saya mengesahkan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden, orang lain saya tidak tahu lagi.

“Ini perkara biasa, kalah menang, kita terima belako. Apa yang penting perjuangan parti diteruskan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jawatan Naib Presiden PAS berdepan saingan hebat yang memperlihatkan lima pencalonan, dengan dua pencabar baharu iaitu Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Bagaimanapun, tiga penyandang sebelum ini iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad masih tercalon bagi mempertahankan jawatan itu.

The post Mohd Amar akan pertahan jawatan Naib Presiden PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?