Muktamar PAS rangka strategi rampas Kedah

ALOR SETAR, 1 Syaaban 1438H, Jumaat – Muktamar PAS kali ini dijangka menumpukan perhatian untuk merangka strategi merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, selain berusaha memerintah kerajaan negeri Kedah, PAS juga akan bertanding di semua 15 kerusi Parlimen di negeri itu bagi mengukuhkan kedudukannya.

PAS dikatakan merancang bertanding sekurang-kurangnya 24 daripada 36 kerusi DUN Kedah pada PRU14 dalam usaha membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

“Kedah adalah negeri yang mempunyai paling ramai ahli PAS, iaitu lebih kurang 176,000 orang. Oleh itu, keazaman memang tinggi untuk merampas semula tampuk pemerintahan daripada BN,” katanya yang dipetik daripada Sin Chew Daily.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyatakan keyakinan beliau bahawa PAS akan memastikan kemenangan dengan merampas tampuk pemerintahan daripada BN biarpun hanya memenangi majoriti kecil.

“PAS telah membuat kajian secara mendalam di Kedah dan mendapati PAS mempunyai kelebihan berbanding dengan parti-parti lain. Ramai rakyat Kedah masih memberi sokongan yang kuat kepada menyokong PAS,” katanya.

The post Muktamar PAS rangka strategi rampas Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian