Muzakarah lulus 10 resolusi satukan umat Islam serantau

BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Muzakarah Majlis Ulama (Muis) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) ke-5, hari ini meluluskan 10 resolusi dalam mengurus kepelbagaian aliran dalam konteks penyatuan umat Islam serantau.

Sepuluh resolusi itu ialah:

1. Muzakarah bersetuju bahawa kesatuan asas-asas tauhid adalah wajib dan penting dalam membentuk kekuatan umat Islam;

2. Segala usaha ke arah pembentukan kesatuan umat perlulah disokong dan diberi fokus utama berbanding masalah cabang yang menimbulkan kontroversi dan perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam serta menyuburkan sikap ta’asub kepada kumpulan masing-masing;

3. Muzakarah menegaskan bahawa para ulama mestilah menangani agenda musuh islam yang sentiasa berusaha memecahbelahkan umat Islam. Memahami agenda tersebut, umat Islam akan lebih realistik dalam membentuk kesatuan umat serantau;

4. Pembentukan blok kesepakatan antara umat Islam melalui kerjasama yang rapat antara badan – badan atau institusi-institusi adalah langkah strategik bagi mencapai cita-cita penyatuan dan kedaulatan umat Islam di rantau ini;

5. Institusi ulama perlu diperkasakan sebagai rujukan utama syariat dan permasalahan umat berpaksikan Kulliyyat Syariah;

6. Para ulama perlu mengambil kira latar belakang setempat dalam memberi panduan Syarak kepada masyarakat khususnya di negara-negara minoriti umat Islam;

7. Ulama perlu menghayati kefahaman terhadap adab al-khilaf untuk merapatkan saf kesatuaan umat serantau;

8. Ulama dan media perlu lebih proaktif dalam isu-isu kesatuan umat dengan menyebarluaskan cerita dan projek-projek kesatuan yang berjaya di dalam masyarakat;

9. Ulama mestilah berperanan mempengaruhi pemerintah dalam membuat polisi yang memberi keuntungan kepada kesatuan umat; dan

10. Siri perbincangan susulan mengenai kesatuan umat perlu dianjurkan secara berkala.

Muzakarah bertemakan ‘Fiqh penyatuan ummah’ yang diadakan di sini menghimpunkan kira-kira 30 ulama, termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia.

The post Muzakarah lulus 10 resolusi satukan umat Islam serantau appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?