Muzakarah Ulama MUIS kali ke-5 bincang isu penyatuan ummah
PUTRAJAYA, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) hari ini sekali lagi menghimpunkan kira-kira 30 asatizah dalam muzakarah kali ke-5 yang membincangkan tajuk ‘Fiqh Penyatuan Ummah’.
Muzakarah yang menghimpunkan kira-kira 30 ulama dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya.
Siri penganjuran kali ini membariskan beberapa tokoh seperti Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hassan; Ketua Dewan Ulama Majlis Ulama Indonesi (MUI) Sumatera Utara, Prof Dr H Ramli Abdul Wahid; Anggota Lembaga Akademik Persatuan Ulama dan Guru-guru Islam Singapura (Pergas), Kalthom MOhamad Isa; Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismail Lutfi dan Ahli Majlis Ulama Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman.
Pembentangan kertas kerja akan disusuli perbincangan meja bulat oleh ahli muzakarah sebelum memutuskan resolusi.
MUIS pernah menganjurkan beberapa siri muzakarah ulama sebelum ini antaranya mengenai kefarduan mengundi calon muslim berwibawa dalam pilihan raya, bahaya ancaman Comango, fiqh muwatanah (kenegaraan) dan aplikasi maqasid siyasah syar’iyyah dalam konteks Malaysia’.
The post Muzakarah Ulama MUIS kali ke-5 bincang isu penyatuan ummah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan