Myanmar tutup tiga kem di Rakhine

YANGON, 14 Rejab 1438H, Selasa – Myanmar dilaporkan menutup tiga kem sementaranya di negeri bergolak Rakhine.

Langkah menutup kem itu dilaksanakan selepas suruhanjaya yang diketuai bekas Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan menggesa penutupannya sebagai langkah yang dirangka untuk menamatkan ketegangan etnik yang memuncak.

Penasihat Keselamatan Negara, Thaung Tun berkata, kerajaan mula menutup tiga kem yang tersenarai dalam laporan suruhanjaya itu, termasuk satu yang menempatkan etnik Rakhine dan puak Islam Kaman.

Katanya, salah sebuah penempatan terbesar di situ menempatkan lebih 200 rumah etnik Islam Rohingya, minoriti paling tertindas.

“Kami sudah memulakan proses untuk menutup tiga kem sementara dalaman (IDP),” katanya.

Bagaimanapun menurut satu sumber, pihaknya tidak dapat memastikan ke mana penghuni kem berkenaan dipindahkan.

Difahamkan, puluhan ribu masyarakat Islam dan Buddha Rakhine berlindung di kem sementara dalaman selepas keganasan puak tercetus di wilayah mundur itu sejak lima tahun lalu. -Agensi

The post Myanmar tutup tiga kem di Rakhine appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?