Nasharudin nafi terima dana 1MDB kata Rafizi buat fitnah

BANGI, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung penerimaan dana berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah dan berniat jahat, Nasharudin turut menegaskan bahawa segala kenyataan Rafizi terhadapnya tiada kaitan sama sekali dengan beliau.

“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam kenyataan bersumpah (SD) tersebut,” katanya.

Nasharudin yang kesal dengan tuduhan itu juga sanggup memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya perlu.

“Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM bahkan, saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat,” katanya.

Dalam akuan bersumpah yang ditandatangani semalam, Rafizi berkata, perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai ‘paling kanan’ dari ‘SPRM yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

Menurutnya, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah ‘kepada peguam tertentu’.

Malah Rafizi mendakwa, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.

Katanya, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.

The post Nasharudin nafi terima dana 1MDB kata Rafizi buat fitnah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?