OIC kutuk serangan keganasan dua gereja di Mesir

KUALA LUMPUR, 13 Rejab 1438H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di gereja Mar Girgir di bandar Tanta Mesir pada Ahad yang telah mengorbankan dan mencederakan ramai orang awam.

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen dalam satu kenyataan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Mesir serta berharap mangsa yang cedera segera pulih.

Beliau menegaskan adalah menjadi prinsip dan pegangan OIC menolak sebarang bentuk perbuatan keganasan.

Menurut laporan antarabangsa sekurang-kurangnya 44 terbunuh dalam serangan bom yang mensasarkan dua buah gereja ketika upacara keagamaan sedang berlangsung.

Insiden pertama di Tanta, utara Kaherah membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dan 78 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Insiden kedua berlaku beberapa jam kemudian di gerja Saint Mark yang membunuh 17 orang termasuk tiga pegawai polis manakala 48 lagi cedera.

CNN melaporkan, Islamic State mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan dan susulan itu Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.- Bernama

The post OIC kutuk serangan keganasan dua gereja di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?